Tiada Pelan Untuk Kaum India, NGO Seru Tolak Calon DAP

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Pengundi kaum India diseru supaya menolak calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao.

Beliau mendakwa, hal ini kerana parti pembangkang itu tidak mempunyai pelan tindakan yang jelas terhadap hala tuju kaum india sejak sekian lama.

"Seperti kita lihat di Pulau Pinang, tiada satu pun 'blue print' (pelan tindakan) khas untuk hala tuju masyarakat India dalam aspek kebajikan, sosial dan pendidikan sejak kerajaan DAP mentadbir negeri itu pada 2008.

"Oleh itu, pengundi India di Teluk Intan perlu menolak parti pembangkang yang tidak prihatin terhadap kebajikan kaum itu," katanya pada sidang media di Rumah Rehat Bandar Baru dekat sini.

Kawasan parlimen Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

Ramesh sekali lagi menegaskan supaya pengundi Teluk Intan khususnya kaum India membuat pertimbangan dalam memilih wakil rakyat dan tidak berterusan menjadi mangsa penipuan DAP.

"Saya meminta agar pengundi Teluk Intan supaya tidak tertipu dengan helah DAP termasuk mengundi calon mereka, Sabtu ini, " katanya mengenai hari mengundi PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini.

Pilihan raya kecil  Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Tags / Kata Kunci: Teluk Intan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan