Operasi Cermin Gelap Diteruskan - Abdul Aziz

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 9:45 AM

Abdul Aziz Kaprawi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Operasi pemeriksaan cermin gelap kenderaan di seluruh negara masih akan diteruskan pada 16 Jun ini, kata Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu menafikan laporan baru-baru ini yang menyatakan pihak berkuasa tidak akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan cermin gelap.

Namun, katanya, operasi tersebut yang diketuai oleh Polis Trafik dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil kira kertas cadangan dari bengkel mengenai cermin gelap pada 2 Jun ini.

"Saya ingin jelaskan bahawa operasi masih diteruskan dan ia akan dilakukan di seluruh negara.

"Kami akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap ini," katanya.

Beliau berkata, bengkel khas bagi tujuan itu akan melibatkan pelbagai jabatan berkaitan dan pelbagai lapisan masyarakat amat penting dalam memberi gambaran jelas mengenai operasi tersebut.

"Pemilik kenderaan mempunyai tempoh masa sehingga 15 Jun ini untuk menukar cermin gelap tersebut.

"Kami akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang perubahan pada peraturan sedia ada berdasarkan hasil yang diperoleh dari bengkel tersebut," katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang mendakwa operasi pemeriksaan cermin gelap tidak akan diadakan secara besar-besaran.


Tags / Kata Kunci: cermin gelap , JPJ , Abdul Aziz Kaprawi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan