Gerakan Cabar Dyana Jelaskan Pembangunan Ekonomi Teluk Intan

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Pemuda Gerakan pada Selasa mencabar calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud untuk memperjelaskan secara terperinci apakah pembangunan ekonomi yang boleh dilaksanakan beliau di kawasan Parlimen itu.

Naib Bendaharinya, Chan Tzun Hei berkata, perkara tersebut merupakan antara lapan soalan diajukan pengundi-pengundi di Teluk Intan dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh parti itu.

"Apakah rancangan yang terperinci dan realistik terhadap lonjakan ekonomi di Teluk Intan. Macam mana Dyana hendak meningkatkan taraf hidup pendapatan dan sara hidup di Teluk Intan.

"Wang tidak jatuh dari langit begitu sahaja. Dalam lapan tahun ini, apakah yang DAP buat semasa mereka menjadi ahli Parlimen di sini," katanya pada sidang media di pejabat operasi Gerakan di sini, Khamis.

Dyana pada Selasa mengumumkan manifesto antaranya mengenai kos sara hidup rakyat di Teluk Intan.

Bagaimanapun calon DAP itu hanya mengatakan akan melawan dasar kerajaan yang membebankan menerusi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang didakwanya tidak adil sekiranya calon DAP itu dipilih sebagai wakil rakyat.

Mengenai kaji selidik, Chan berkata, soalan-soalan itu diajukan untuk menguji kredibiliti Dyana sebagai calon DAP pada PRK Teluk Intan.

"Kita menjalankan kaji selidik ini menerusi walkabout dan kempen kita, dari pasar malam ke pasar malam dan dari rumah ke rumah yang dilakukan sejak hari penamaan calon," katanya.

Antara soalan lain adalah mengenai pertanyaan oleh Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng mengenai manifesto yang tidak dijawab oleh Dyana sehingga kini.

Ini termasuk pertikaian mengenai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menjadi ahli parlimen dan kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang tidak menjadi Menteri Besar Selangor sedangkan Dyana menerusi manifestonya mahu memperkasa kedudukan wanita dalam arena politik.

Tags / Kata Kunci: Teluk Intan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan