Jenazah Almarhum Sultan Perak Selamat Dimakamkan

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 7:25 PM

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyiram air mawar di pusara ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat pada Rabu dan selamat disemadikan di Makam Diraja, Kuala Kangsar pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Jenazah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini pada 6.40 petang.

Sultan Perak yang baharu, Sultan Nazrin Shah bersama bondanya, Tuanku Bainun serta Tuanku Zara Salim dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat pada istaidat pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah di Makam Diraja di Kuala Kangsar pada Khamis.

Jenazah baginda disemadi di antara makam Sultan Idris II dan Raja Ashman Shah.

Keadaan cuaca mendung dan suasana sedih menyelubungi kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan masjid seawal 1.30 tengah hari.

Jenazah Almarhum Sultan AzlanShah dibawa menaiki peterana 'Seraja Diraja' selepas istiadat penghormatan terakhir di Balairong Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Khamis.

Jenazah Almarhum tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini dengan pedati khas 'Seraja Diraja' berwarna kuning pada 4.30 petang untuk disembahyangkan.

Pedati khas itu diusung 40 anggota Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia secara bergilir-gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah.

Sebanyak 86 das tembakan dilepaskan ke udara daripada dua meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja sepanjang tempoh jenazah Almarhum dibawa ke masjid.

Ribuan rakyat jelata beratur di sepanjang jalan ke masjid berkenaan bagi melihat jenazah Sultan yang dikasihi buat kali terakhir.

Selepas disembahyangkan, jenazah Almarhum dibawa ke Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid berkenaan untuk istiadat pemakaman.

Solat jenazah diimamkan oleh Imam masjid berkenaan iaitu Ustaz Mohd Helmi Ibrahim manakala talkin dibaca oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Doa pula dibaca oleh Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti.

Permaisuri Tuanku Bainun mendahului keluarga Diraja menjirus air mawar dan menabur bunga di makam Almarhum dengan diiringi bacaan selawat.

Ini diikuti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Shahar Shah.

Ia seterusnya diikuti Raja Kecil Besar Perak Raja Iskandar Zulkarnain dan isteri Datuk Seri Diraja Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta kerabat Diraja dan pembesar-pembesar.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menjirus air mawar dan menabur bunga di makam baginda.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Puhat Mat Nayan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Datuk Mohd Yusop Husin, pemimpin kerajaan, kerabat diraja serta pembesar-pembesar.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada 1.30 tengah hari Rabu.

Tags / Kata Kunci: Perak , Sultan Azlan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan