Xi'An Gerbang Produk Halal Malaysia Ke China - PM

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 5:08 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika melawat ke Muzium Terracotta di Xi'An, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

XI'AN (China): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Xi'an merupakan gerbang masuk produk halal Malaysia ke China.

Beliau berkata kira-kira 140,000 penduduk Xi'an beragama Islam, yang menjadikannya lokasi yang sesuai untuk mempromosi produk halal Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas melawat Muzium Pahlawan Qin Terracotta dan Kuda di sini pada Rabu.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Minggu Festival Makanan Halal Malaysia- Xi'an, dijangka menjana jualan bernilai RM20 juta.

"Tahun lepas, jualan bernilai RM15 juta berbanding RM9 juta yang direkodkan pada 2012," katanya.

Ismail Sabri berkata jualan pada festival makanan anjuran kementerian itu di Beiyuanmen Street (Jalan Muslim), meningkat setiap tahun berikutan makanan Malaysia sudah diterima secara meluas oleh pengunjung China di sini.

Jumlah usahawan Malaysia yang menyertai festival ini juga meningkat kepada 35 berbanding 30 tahun lepas, katanya.
Hanya 15 usahawan Malaysia menyertainya pada pameran pertama yang berlangsung pada 2012, katanya.

Ismail Sabri berkata ramai perniagaan Malaysia terus menyertai pameran itu berikutan sambutan baik di sini.
Antara peserta pameran yang berlangsung dari 27 hingga 31 Mei itu ialah Fatihah Frozen Food Sdn Bhd yang menawarkan pelbagai produk sejuk beku seperti karipap, samosa, roti canai, popia, gulungan sardin.

Fatihah yang sudah mengambil bahagian baki kali kedua berturut-turut tahun ini memberitahu Bernama sasaran jualanya tahun ini sebanyak 50,000 yuan berbanding 40,000 yuan tahun lepas.

"Saya memperkenal dua produk baharu kali ini iaitu popia durian sejuk beku dan paf durian.

"Pengunjung sukakan durian," katanya dan menambah tragedi MH370 tidak menjejaskan perniagaannya di sini.

"Mereka memang gemarkan produk kami, kejadian pesawat hiang itu tidak memberi kesan negatif ke atas kami sama sekali," katanya.

Alan Tan Cheng Learn, yang terlibat dalam industri madu sejak empat tahun lepas, berkata produknya mendapat sambutan baik daripada pelawat tempatan.

Tan yang pertama kali menyertai pameran itu berkata beliau terhadap sambutan hangat pengunjung.

"Mungkin mereka lebih yakin terhadap produk Malaysia berbanding buatan tempatan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan