Pembinaan Terowong MRT Di Bukit Bintang Dijangka Siap Julai Ini

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 11:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerja pembinaan terowong di Bukit Bintang untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) jajaran Sungai Buloh-Kajang dijangka siap Julai ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Azhar Abdul Hamid.

Beliau berkata kerja pembinaan terowong di kawasan itu sekarang telah 90 peratus siap dan mengikut jadual.

"Pada keseluruhan, projek telah 42.7 peratus siap dan dijangka boleh beroperasi pada Julai 2017 bagi jajaran Sungai Buloh dan Kajang," katanya dalam sidang media di Bukit Bintang Tunneling Challenges di sini Rabu.

Sementara itu, Pengarah Terowong Bawah Tanah MRT Corp, Blaise Mark Pearce berkata mendapan dan keretakan yang berlaku akibat kerja-kerja mengorek tidak dapat dielakkan kerana kawasan itu mengandungi batu kapur yang mendedahkannya kepada keretakan.

"Bagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah, mendapan akan ditangani dengan segera oleh pegawai yang menjalankan pemantauan," kata beliau.

MRT juga memasang alat pengesan di bangunan-bangunan berhampiran untuk mengesan sebarang perubahan struktur.

Beliau berkata, selain faktor geologi, kawasan itu juga dipenuhi saluran seperti paip air, talian elektrik dan gas bawah tanah yang tidak dibuat pemetaan sewajarnya.

Kerja-kerja pembinaan di jajaran Sungai Buloh-Kajang yang bermula pada 2011 dijangka siap pada 2017.

Apabila siap, tren berkelajuan tinggi itu boleh membawa sehingga dua juta penumpang sehari, lebih lima kali ganda daripada perkhidmatan tren LRT sekarang.
Tags / Kata Kunci: MRT Corp , MRT , Datuk Azhar Abdul Hamid

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan