Nasib Raja Bukit Malaysia: Kerajaan Pahang Prihatin

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 9:19 AM

Osman Limat

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Pahang yang sedang giat merangka program untuk memperkasakan seni moden dan kontemporari tempatan berhasrat membabitkan penyertaan bekas pembantu jurulatih dan pelumba basikal negara, Osman Limat  bagi menghargai jasanya dalam bidang sukan.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin ketika dihubungi mStar Online.


Mohd Sharkar

Kenyataan itu dibuat sehari selepas portal berita ini menyiarkan mengenai nasib Osman yang pernah mendapat gelaran Raja Bukit dan kini mencari rezeki hasil jualan lukisannya.

"Tunggu pengumuman penting yang akan dibuat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pada Ogos ini dan saya pasti ia akan menggembirakan semua penggiat seni moden dan kontemporari tempatan terutama di negeri ini.

"Bukan sahaja Osman Limat, malahan kita mahu memastikan pelukis tempatan tidak dipinggirkan, malahah karya mereka mendapat sambutan dan mampu memberi pulangan tetap untuk hidup lebih selesa," katanya.

Ketika ini, Osman menghabiskan masa dengan melukis di Galeri Rajawali, Taman Cenderawasih di Kuantan dengan membina pondok daripada kayu terpakai. Bajet terhad menyebabkan Osman menjual lukisannya untuk mendapatkan bekalan kayu terpakai menerusi sistem barter.

Mengulas lanjut berhubung program yang dirancang kerajaan negeri itu, Mohd Sharkar berkata, tiada yang lebih membanggakan jika semua pusat komersial mempamerkan hasil seni tempatan.

Berikutan itu, katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan semua pihak terbabit termasuk pengusaha hotel, pusat peranginan dan restoran supaya hanya menghiasi ruang dalam bangunan dengan karya seni pelukis negara.

"Kenapa perlu dihiasi dengan lukisan luar negara sedangkan Malaysia terutama Pahang juga memiliki pelukis tempatan yang berbakat besar dan mampu menghasilkan karya seni berkualiti," katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya juga berhasrat untuk mewujudkan ruang khusus untuk lelongan hasil seni moden dan kontemporari.

"Langkah ini akan memudahkan peminat seni mendapatkan karya yang mereka mahu, sekali gus meningkatkan pendapatan pelukis tempatan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan