Segerakan Selfie, Hashtag, Tweet Dalam Kamus

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perkataan seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' yang kini muncul selari dengan perkembangan teknologi maklumat adalah relevan untuk dijadikan istilah baharu dalam Kamus Dewan, kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Zainal Abidin Borhan.

Beliau yang juga Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) berkata perkataan-perkataan itu telah menjadi sebutan ramai dan tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

"Lagi pun saya fikir tidak ada perkataan dalam bahasa Melayu yang boleh menterjemahkan istilah selfie, hashtag dan tweet dengan tepat. Oleh itu perkataan-perkataan ini adalah relevan untuk dimasukkan dalam kamus bagi orang ramai memahami maksudnya.

"Sebelum ini pun istilah 'computer' sudah diterjemah menjadi komputer dalam bahasa standard," katanya kepada Bernama.

Sebelum ini Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Awang Sariyan mengumumkan perkataan seperti itu akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan.

Selfie merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri mengunakan telefon pintar untuk dimuat naik ke laman sosial.

Hashtag pula merujuk kepada simbol # yang digunakan pengguna Twitter untuk menandakan kata kunci atau topik hangat bagi memudahkan pencarian dalam kalangan pengguna laman sosial manakala Tweet merujuk kepada status yang diletakkan pengguna Twitter dalam laman sosial.

Zainal Abidin berkata meletakkan perkataan seperti itu dalam kamus utama bahasa Melayu tidak akan menjejaskan ketulenan bahasa Melayu malah akan lebih memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu.

"Kita telah lama gunakan perkataan pinjaman dari bahasa lain ke dalam bahasa Melayu seperti almari daripada bahasa Portugis, abjad daripada bahasa Arab dan biskut daripada bahasa Inggeris," katanya.

Namun bekas pengarah akademi pengajian Melayu dari Universiti Malaya ini berkata selain menggunakan perkataan pinjaman, dialek masyarakat Melayu yang boleh digunakan untuk menerangkan perkataan-perkataan itu dengan tepat perlu dicari terlebih dahulu.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan