PKR Dakwa Kongsi Gelap Sabotaj Pemilihan

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 12:39 PM

Kekecohan yang berlaku sepanjang pemilihan PKR menyebabkan lebih 20 cabang terpaksa melalui proses sama minggu ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Drama pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berterusan apabila parti itu kini mendakwa kekecohan yang berlaku di beberapa cabang di Selangor berpunca daripada campur tangan kumpulan kongsi gelap.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk rakaman video wujudnya campur tangan kumpulan berkenaan untuk mensabotaj proses pemilihan.

"Pensabotaj terdiri daripada anggota kumpulan kongsi gelap.

"Kami boleh sahkan bahawa perkara ini berlaku sewaktu proses pengundian di Cabang Kota Raja dan Kuala Langat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Jelas Johari, kumpulan kongsi gelap itu menggunakan modus operandi yang sama iaitu menjadikan peti undi sebagai sasaran utama.

Bagaimanapun menurut Johari, sehingga kini JPP tidak membuat sebarang laporan polis berhubung dakwaannya itu.

"Kita nak kenal pasti dahulu sama ada mereka ahli parti atau tidak.

"Bila sah statusnya, barulah kita akan ambil tindakan sama ada untuk buat laporan polis atau tidak," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan