Etika Berpakaian Bagi Orang Awam Ziarah Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 9:26 PM

Penghormatan terakhir oleh orang ramai diadakan mulai 11 pagi hingga 2 petang Khamis di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah esok perlu mematuhi beberapa garis panduan berpakaian.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak pada Rabu, lelaki Islam perlu memakai pakaian kebangsaan berwarna gelap, bersamping warna gelap tanpa corak benang emas atau perak serta bersongkok hitam dengan lilitan kain putih atau riben selebar satu inci. 

Lelaki bukan Islam pula perlu memakai sut berwarna gelap dengan bertali leher hitam atau berseluar panjang dan berbaju tangan panjang dengan dililit kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju tangan kiri. 

Sementara itu, perempuan Islam pula perlu berbaju kurung atau berkain sopan dan bertudung hitam. 

Perempuan bukan Islam pula hendaklah berpakaian sopan serta memakai lilitan kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju kiri. 

Penghormatan terakhir oleh orang ramai diadakan mulai 11 pagi hingga 2 petang esok di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. 

Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari tadi. Almarhum berusia 86 tahun.

Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok. 

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera iaitu Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.
Tags / Kata Kunci: jenazah , ziarah , Sultan Azlan Shah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan