PM Pulang Untuk Ziarah Jenazah Almarhum Sultan Perak

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 6:05 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, akan pulang ke Malaysia malam ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang mangkat, Rabu.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan pulang sejurus selepas menghadiri satu majlis di sini.

Selepas memberi penghormatan terakhir kepada almarhum di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok, mereka akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan rasmi enam hari yang bermula semalam sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik dijalin antara Malaysia dan China.

Pada sebelah pagi esok, perdana menteri sepatutnya menaiki kereta api laju untuk ke Tianjin yang mengambil masa perjalanan 33 minit dengan beliau akan menyaksikan upacara pecah tanah projek penyulingan air laut dan penghasilan garam Xianda's Integrated Seawater Desalination and Salt Making di Zon Perindustrian Nangang.

Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka mewakili beliau pada majlis itu.
Tags / Kata Kunci: Sultan Perak , mangkat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan