Cadangan Bakar Kilang Cadbury Keterlaluan - Abim

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 9:40 AM

Gambar Hiasan. Produk coklat jenama Cadbury yang dihasilkan di negara ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan tindakan segelintir badan bukan kerajaan yang mahu membakar kilang Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan imej Islam.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata walaupun penemuan DNA khinzir dalam dua produk coklat Cadbury merupakan perkara serius, namun tindakan yang dipenuhi emosi dan tidak rasional hanya akan memalukan umat Islam.

"Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam.

"Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Selasa.

Amidi berkata selain mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat terbabit, prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diperbaiki.

Sabtu lepas Kementerian Kesihatan mengesahkan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Susulan daripada itu Jakim menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk keluaran Cadbury itu.


Tags / Kata Kunci: Cadbury , Abim , DNA Khinzir , bakar kilang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan