Sultan Azlan Shah Seorang Hakim Yang Sabar - Ketua Hakim Negara

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 8:30 PM

Almarhum Sultan Azlan Shah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merupakan seorang hakim yang sabar dan jawatan itu amat sesuai dengan diri baginda, kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Arifin berkata, semasa Sultan Azlan Shah menjadi hakim dan ketua hakim negara, baginda telah menulis banyak penghakiman penting khususnya tentang perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.

"Kami (para hakim) masih membaca dan merujuk kepada penghakiman dan keputusan dibuat baginda," kata Arifin semasa dihubungi hari ini sambil berkata beliau berasa amat sedih dengan kemangkatan baginda.

Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari Rabu. Baginda berusia 86 tahun.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui Radio Television Malaysia (RTM).

Arifin, yang mempunyai pengalaman luas bekerja bersama-sama Sultan Azlan Shah sejak beliau menjadi pendaftar di Mahkamah Tinggi pada 1976, menyifatkan baginda seorang hakim yang sabar.

"Semasa Tuanku dilantik sebagai Sultan Perak, saya juga merupakan Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan saya berkhidmat kira-kira lima tahun dan apabila Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong, saya menerima surat pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi daripada baginda.

"Semua hakim dan peguam akan setuju bahawa baginda seorang hakim yang sabar dan benar-benar sesuai bagi jawatan itu (hakim). Saya benar-benar bangga pernah bekerja dengan baginda," kata Arifin, dan menurutnya beliau pernah mengendalikan kes di hadapan Sultan Azlan Shah semasa beliau menjadi peguam persekutuan.

Sultan Azlan Shah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, merupakan hakim termuda dilantik dalam Komanwel, pada 1965 pada usia 37 tahun.

Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudiannya pada 1979, sebagai Hakim Besar Malaya, jawatan yang dipegang baginda sehingga dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 Nov 1982 dan merupakan hakim termuda dilantik ke jawatan itu.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan