Kelas Di Sebalik Tembok Besi

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 8:43 AM

Banduan muda mengulang kaji pelajaran di sebalik jeriji besi.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Di dalam sebuah bilik yang sunyi, Stephen dan Hussein (bukan nama sebenar) sedang leka memandang komputer mereka, menyiapkan tugasan untuk tahun terakhir program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.

Namun, sekali sekala mereka mengalihkan tumpuan dari skrin untuk bercakap dengan rakan sekelas atau bertanya soalan kepada pensyarah.

Tiada apa yang berubah, kecuali jumpsut berwarna kobalt biru, tingkap bilik kelas dipagari tiang besi dan kehadiran pegawai berpakaian seragam.  

Ia merupakan bilik kelas tetapi ini bukan universiti.

Stephen dan Hussein, yang masa depannya tidak menentu, melanjutkan pelajaran mereka di dalam tembok Penjara Kajang.

Lelaki berusia 28 tahun itu antara banduan muda yang ditahan dibawah Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hukuman penjara bagi banduan dibawah kesalahan tersebut adalah sekurang-kurangnya 10 tahun.

Stephen dari Shah Alam dipenjara kerana terlibat dengan pertelingkahan antara seorang rakan dan kekasihnya sebelum insiden itu berakhir dengan kematian.

Dia sepatutnya menduduki peperiksaan SPM apabila insiden itu berlaku.

"Sesiapa saja melakukan kesalahan. Saya melakukannya dengan bergaul dengan orang yang salah. Saya berada di tempat yang salah pada masa yang salah," katanya.

Hussein dibuang sekolah dan meninggalkan Sabah ketika berusia 14 tahun untuk berhijrah ke Kuala Selangor menjadi pembantu dapur.

Berang kerana gajinya selama lima bulan tidak dibayar, dia bertindak di luar kawalan membunuh majikannya semasa konfrontasi.

"Keluarga saya hanya mengetahui saya dipenjara beberapa bulan kemudian. Malah adik lelaki bongsu saya pernah datang melawat pada 2007. Selepas itu tiada siapa melawat saya," katanya.

Tempoh penjara yang panjang mungkin menjejaskan semangat sesiapa saja tetapi Stephen dan Hussein berazam untuk mengubah nasib mereka dengan menyertai belajar secara berkumpulan dengan beberapa rakan lain.

Hussein pada awalnya teragak-agak untuk menyambung pelajarannya tetapi atas sokongan penghuni dan pegawai penjara dia meneruskan azamnya. Dia lulus peperiksaan SPM pada 2006.

Sekolah Integriti Kajang mula beroperasi di kompleks penjara pada tahun hadapan, membolehkan banduan meneruskan pelajaran mereka dibawa bimbingan guru-guru yang berkhidmat secara sukarela.

Kedua-duanya berkata kehidupan di penjara mengajar mereka dengan cara yang berbeza.

Mereka bersetuju pengalaman bersama banduan lain mendorong mereka untuk mengubah masa depan agar menjadi insan berguna.

Mereka juga mempelajari erti kebebasan sebenar yang telah disia-siakan selama ini.

Stephen yang mengemukakan rayuan untuk dibebaskan pada 2009 berkata, dia akan mencuba semula tetapi enggan terlalu berharap untuk mengelak daripada terus kecewa lagi.

Ahli keluarga Stephen melawatnya hampir setiap minggu dan ibunya memberikan semangat untuk dia terus menyambung pelajarannya.

"Ketika saya bertanya kepadanya (ibu) mengapa dia memberikan sepenuh perhatian kepada saya, ibu berkata:'Saya tidak boleh mengabaikan anak-anak saya. Kasih sayang seorang ibu tiada had. Saya adalah anak pertamanya dan dia tahu siapa sebenarnya saya dimatanya,'' katanya sambil menitiskan air mata.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan