Kemangkatan Sultan Azlan Shah Kehilangan Besar Buat Rakyat Dan Negara - TPM

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 9:29 PM

Bendera negeri Perak dan Jalur Gemilang dikibar separuh tiang berikutan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merupakan satu kehilangan yang amat besar buat rakyat negara ini, khususnya rakyat negeri Perak, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mewakili kerajaan serta seluruh rakyat turut melahirkan rasa sedih dan dukacita.

"Kita semua mengenali baginda sebagai seorang raja yang amat penyayang dan berhemah tinggi serta sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat jelata.

"Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat turut merakamkan ucapan takziah kepada Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun serta kerabat-kerabat diraja Perak," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Baginda dan semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan orang-orang beriman.

Sultan Azlan Shah mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Asar pada Khamis.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan