Berulang Kali Mohon Maaf Petanda Akan Pergi Selamanya - Balu Tentera - Berita Semasa | mStar

Berulang Kali Mohon Maaf Petanda Akan Pergi Selamanya - Balu Tentera

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 7:05 PM

Anggota forensik polis sedang menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian yang mengakibatkan seorang anggota tentera maut, manakala dua awam cedera awal pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Balu anggota tentera yang maut dalam insiden tembakan di pekan Lahad Datu, Sabah, awal pagi Rabu tidak menduga permohonan maaf berulang kali suaminya adalah petanda beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Norhidayah Hasbullah, 27 berkata, arwah suaminya Lans Koperal Muhammad Fiffixezafey Mat Husin, 28, memohon maaf semasa menghubunginya menerusi telefon malam Selasa kerana tidak dapat menemaninya membuat pemeriksaan kandungan di hospital.

"Suami hubungi saya pukul 10 malam tadi bertanyakan tentang kandungan dan mohon maaf berulang kali kerana tidak dapat ke hospital bersama-sama saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumah ibu mentuanya di Kampung Gong Guchil, Sungai Petai, di sini, Rabu.

Norhidayah yang hamil anak pertama mereka, berkata kandungannya yang baru berusia tiga bulan mengalami masalah dan memerlukan rawatan secara berkala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

"Suami mahu saya membuat laporan di kem tentera di sini memohon agar dia dibenarkan pulang atas faktor kesihatan saya, tapi saya tidak dapat berbuat demikian," katanya.

Dalam kejadian 4.45 pagi tadi, Muhammad Fiffixezafey meninggal dunia di Hospital Lahad Datu selepas terkena tembakan di bahagian kiri dada yang dipercayai dilepaskan oleh seorang lagi anggota tentera.

Dua orang awam turut cedera dalam kejadian itu yang berlaku semasa anggota tentera terbabit keluar melakukan rondaan Ops Sanggah.

Menurut Norhidayah, arwah juga pernah ditawar bertugas di Dubai selama sembilan bulan, namun terpaksa menolak atas faktor kesihatan kandungannya.

Sementara itu, ibu Muhammad Fiffixezafey, Norma Mohammad, 50, berkata Allahyarham merupakan anak kedua daripada lima beradik dan seorang yang pendiam.

"Kami terima khabar kematiannya pada 6.45 pagi tadi. Allahyarham ada menelefon saya tiga malam lepas mengingatkan saya agar makan ubat darah tinggi dan gastrik," katanya.

Jenazah Muhammad Fiffiexzafey dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Gong Tinggi berhampiran Kem Tentera Udara Diraja Gong Kedak lewat hari ini.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan