Manifesto Dyana 'Kosong' - Gerakan

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 2:18 PM

Dyana melancarkan manifestonya pada PRK Teluk Intan pada Selasa lalu.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang diumumkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada Selasa disifatkan gagal memahami keperluan rakyat sebenar.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng mendakwa  manifesto itu juga boleh dianggap 'kosong' kerana ia lebih banyak mempamerkan kesombongan parti itu.

"Manifesto Dyana 'kosong' dan 'cut and paste' (potong dan tampal). Sebagai contoh, dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk meningkatkan taraf ekonomi tempatan.

"Sebaliknya manifesto Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong telah menyatakan rancangan untuk mewujudkan hab pertanian, menarik pelaburan dan mempromosikan pelancongan," katanya pada sidang media di pejabat operasi Gerakan di sini, Rabu.

Dyana dalam manifestonya menjelaskan bahawa beliau menolak pembangunan berpusat yang tertumpu di sekitar Kuala Lumpur, memperkasakan rakyat Teluk Intan meliputi kos sara hidup, tadbir urus yang bersih, pembangunan anak muda dan memperjuangkan isu wanita.

Beliau berkata, ia berdasarkan hasil tinjauan kira-kira 400 penduduk tempatan yang dilakukan sebelum memulakan kempen PRK Teluk Intan.

Dalam pada itu, Dyana turut mempersoalkan mengenai pembangunan yang selama ini dijanjikan kepada penduduk Parlimen Teluk Intan.

Beliau juga menepis setiap kali ditanya mengenai ideanya untuk membangunkan bandar itu, sebaliknya mahu Barisan Nasional (BN) memenuhi janji yang belum dilaksanakan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan