Piala Dunia: KPDNKK Tingkat Penguatkuasaan Jualan Produk Tiruan

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 1:22 PM

KPDNKK memperhebatkan operasi membanteras kegiatan jualan produk sukan tiruan sempena Piala Dunia 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperketat penguatkuasaan ke atas penjualan jersi dan alat sukan tiruan melalui pemantauan dan operasi berikutan demam kejohanan bola sepak Piala Dunia 2014.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, pihaknya memandang serius aktiviti penjualan barangan tiruan kerana ia menyalahi perundangan negara disebabkan barangan tersebut tidak mempunyai lesen sah untuk dijual kepada umum.

"Pengedaran dan penjualan barangan tiruan boleh dihukum mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda maksimum untuk syarikat sehingga RM15,000 bagi setiap barang.

"Manakala individu dikenakan denda RM10,000 bagi setiap barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, mereka boleh didenda di bawah akta sama tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang untuk syarikat, manakala bagi individu pula boleh dikenakan denda RM20,000 bagi setiap barang atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Mohd Roslan berkata, selain mencuri hak cipta, penjualan barangan tiruan juga merugikan negara kerana tidak dapat mengutip hasil cukai jualan barangan itu.

Beliau berkata, bagi musim piala dunia di Afrika Selatan pada 2010, sebanyak 429 kes rampasan dibuat di seluruh negara dengan anggaran barangan bernilai RM3.2 juta.

"Daripada jumlah nilai rampasan itu, kerajaan mungkin kehilangan hasil cukai antara RM3 dan 4 juta," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihanya menasihati orang ramai supaya tidak membeli dan menyokong produk tiruan kerana ia tidak berbaloi dari segi kualiti dan harga serta setiap pembeliannya sama seperti menyokong kegiatan individu atau sindiket yang melanggar undang-undang.

Beliau berkata, produk tiruan boleh dikenal pasti dengan mudah melalui perbezaan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan barangan asal.

Malah Mohd Roslan berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pemilik atau wakil cap dagang dalam membendung barangan dan peralatan sukan tiruan sempena kejohanan tersebut di Brazil yang bermula 12 Jun ini.

"Malangnya kekurangan aduan daripada pemilik atau wakil cap dagang menyukarkan usaha pihak KPDNKK membendung isu ini kerana KPDNKK hanya boleh membuat serbuan apabila mereka menerima aduan daripada pemilik cap dagang," katanya.

Tinjauan Bernama di Petaling Street di sini mendapati barangan tiruan seperti jersi, topi dan seluar dalam yang mempunyai logo Piala Dunia 2014 Brasil dijual secara berleluasa.

Jersi tiruan yang mempunyai logo FIFA dan negara yang diwakili dijual dengan harga semurah antara RM15 hingga RM25 bergantung kepada kebolehan tawar menawar pembeli.

Berdasarkan tinjauan berkenaan, antara jersi piala dunia yang banyak dijual ialah jersi pasukan kebangsaan Brazil, Sepanyol, Itali, Jerman, England, Jepun dan Argentina.

Selain itu, kasut sukan daripada jenama popular juga dijual dengan harga murah, iaitu sekitar RM50 hingga RM100. 

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , alat sukan tiruan , Piala Dunia 2014

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan