Pemilihan PKR Lemah, Tak Sempurna - Wan Azizah

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui wujud kelemahan dalam sistem pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga mencetuskan pelbagai insiden kekecohan termasuk cubaan melarikan peti undi.

Malah, Presiden PKR itu sedar sistem yang digunapakai  tidak sempurna dan perlu diperbaiki pada masa akan datang.

"Memang ada kelemahan, dan saya fikir banyak yang kami perlu lakukan.

"Ia bukanlah sistem yang sempurna. Kita akan cari jalan untuk perbaiki," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di sini, Rabu.

Pendirian Wan Azizah itu bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul sebelum ini yang mempertahankan sistem pemilihan sedia ada dan menyifatkan ia merupakan proses yang terbaik pernah dilakukan parti itu.

Sehingga kini PKR sudah memecat lima ahli dan menggantung 18 anggotanya atas pelbagai kesalahan, termasuk mensabotaj pimilihan parti hingga mencetuskan kekecohan di beberapa cabang di seluruh negara.

Malah, PKR juga membatal dan menangguhkan proses pilihan melibatkan 35 cabangnya kerana gagal menguruskan pemilihan dengan baik.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Lembaga Disiplin PKR menggantung keahlian Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard', Wan Azizah berkata ia membuktikan bahawa parti itu telus dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap ahlinya yang melanggar peraturan.

Ditanya sama ada PKR cuba 'menutup mulut' ahlinya dengan menyekat kebebasan bersuara, Wan Azizah berkata, tindakan Chegubard melampaui batas dan mencemarkan imej parti.

"Memang Chegubard buat banyak teguran. Tapi sesetengah daripadanya menjejaskan imej parti...itu sudah melanggar disiplin parti.

"Apabila anda langgar peraturan, anda perlu hadapi tindakan yang bakal dikenakan," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan