Keupayaan Polis Seiring Pembangunan Negara - TPM

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 2:59 PM

Muhyiddin memeriksa kawalan kehormatan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) ketika merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat di sini, Selasa.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Pembangunan ekonomi dan sosial semasa memerlukan peningkatan keupayaan polis bagi membolehkan perkhidmatan itu berhadapan dengan persekitaran yang lebih kompleks, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pasukan polis perlu diberikan prasarana yang terbaik bagi membolehkannya berada di tahap selari dengan pembangunan negara.

"Kelengkapan logistik dan prasarana yang terkini merupakan satu keperluan dalam melahirkan perkhidmatan polis berkelas dunia," katanya pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat bernilai RM61 juta di sini, Selasa.

Perkhidmatan polis, katanya, tidak boleh ketinggalan kerana persekitaran duniaketika ini begitu dinamik dalam serba serbi menyentuh pelbagai fenomena sosial dan penjenayahan.

Muhyiddin juga meminta pemimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM)Budaya kepolisan yang telah menjangkau 206 tahun, kata Muhyiddin, harus dijadikan sandaran dan diperkemas lagi dengan teknologi terkini dan penyesuaian masa.

Beliau berkata, walaupun tahap keyakinan dan kepercayaan terhadap polis kini rendah, namun masyarakat mempunyai harapan yang tinggi terhadap pasukan polis untuk menangani peningkatan kes jenayah.

"Apabila Bidang Keberhasilan Utama Negara di bawah Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan pada 28 Jan 2010, usaha merapatkan jurang (kepercayaan) telah dapat dilakukan," katanya.

Menurutnya, persepsi negatif dapat diperbaiki menerusi kejayaan polis menurunkan indeks jenayah, seterusnya meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan itu.

"Insya-Allah, secara jangka panjang kadar indeks jenayah, kadar pendakwaan, kadar penyelesaian kes serta lingkaran keyakinan dan persepsi negatif akan dapat distabilkan pada kadar yang lebih realistik," kata Muhyiddin.

Beliau berkata, pengorbanan polis kepada masyarakat memang tidak dapat dinafikan dengan khidmat mereka sentiasa ditagih demi kepentingan masyarakat.

Anggota polis, katanya, diharap dapat mengatasi semua permasalahan dan setiap individu polis diamanahkan dengan tanggungjawab yang besar.

"Pengorbanan polis sentiasa terpapar di akhbar-akhbar. Terkini ialah bagaimana polis menghadapi ancaman penceroboh militan di Lahad Datu hingga mereka terkorban dalam mempertahankan negara," katanya.

Muhyiddin menegaskan bahawa sejarah telah membuktikan perkhidmatan polis tidak pernah lekang daripada catatan kejayaan, sebagai wira, yang mempertahankan negara.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalannya Datuk Seri Bakri Zinin.

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Muhyiddin Yassin , polis , Batu Pahat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan