Gangguan Asperger Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Kejam - Pakar Psikologi

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 11:10 PM

Rodger dilaporkan mempunyai masalah Asperger yang disifatkan melalui kesukaran dalam interaksi sosial sejak di awal usianya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gangguan Asperger tidak mempunyai hubungan langsung dengan pembunuhan kejam, kata perunding psikiatri Universiti Malaya Dr Subash Kumar Pillai.

Subash mengulas dakwaan bahawa Elliot Rodger yang membunuh enam pelajar dan mencederakan 13 yang lain dalam pembunuhan beramai-ramai di Santa Barbara, California pada Jumaat lepas dan dikaitkan dengan gangguan Asperger.

Subash menekankan bahawa adalah sesuatu yang tidak beretika meneka diagnosis Rodger yang berusia 22 tahun yang telah mati ekoran pembunuhan itu tanpa membuat pemeriksaan.

"Terdapat banyak episod tembakan rambang dilaporkan di Amerika Syarikat. Saya rasa kebanyakannya berkaitan dengan persekitaran kanak-kanak itu dibesarkan," katanya.

Profesor Madya di Jabatan Perubatan Psikologi itu menambah pada peringkat ini 'hanya tekaan' yang dibuat bahawa Rodger berdepan keadaan ini yang juga dikatakan mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan yang dilakukan oleh Adam Lanza, 20, pada 14 Disember 2012.

Dalam pembunuhan tersebut, Lanza membunuh 27 orang, termasuk ibu dan 20 kanak-kanak.

"Setakat yang saya ingat tidak ada yang berkata atau mengesahkan bahawa Rogers mempunyai keadaan ini. Tidak ada bukti bahawa keadaan ini (gangguan Asperger) dihubungkan dengan jelas kepada keganasan. Banyak yang telah diperkatakan tentang keadaan ini dan mungkin terlalu banyak daripadanya adalah mitos," tambah Subash.

Mengenai gangguan itu sendiri, Subash berkata, tidak seperti autisme klasik di mana seseorang itu tidak suka bergaul dengan orang lain, mereka yang mempunyai gangguan Asperger gemar untuk bersosial dengan orang lain, tetapi seolah-olah tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Kualiti interaksi adalah satu isu. Mereka biasanya pintar dan juga mempunyai IQ yang tinggi, jadi sering terdapat ketidakseimbangan antara IQ dan EQ," kata Subash.

Beliau menambah, kebanyakan orang yang mempunyai ciri-ciri gangguan Asperger mampu menjalani kehidupannya, dan kanak-kanak yang mempunyai masalah ini membesar dan dapat berkerja, berkahwin dan hidup seperti orang biasa.

"Ramai orang mempunyai ciri-ciri keadaan ini adalah golongan profesional, biasanya mereka adalah jurutera, akauntan dan juga doktor. Sesetengah orang dengan sifat-sifat ini mungkin ganjil atau berbeza dalam beberapa cara, tetapi sekali lagi berapa ramai daripada kita boleh mendakwa bahawa kita 'normal sepenuhnya'" kata Subash.

Katanya, beliau merasakan bahawa semua orang perlu membuat penyesuaian diri dengan perbezaan orang lain dan menggesa lebih banyak kesedaran mengenai gangguan Asperger sambil menambah kanak-kanak dengan keadaan ini sering dibuli di sekolah yang menyebabkan kemurungan dan mereka benci pergi ke sekolah.

"Sebahagian daripada kanak-kanak menjadi tertekan akibat penderaan selama beberapa tahun. Sering kali ini diburukkan lagi oleh ibu bapa yang tidak memahami keadaan ini. Sebahagian daripada anak-anak telah berkira-kira untuk membunuh diri akibat kemurungan dan kekurangan sokongan sosial dan rakan-rakan, "kata Subash.

Subash meminta peningkatan toleransi terhadap mereka yang hidup dengan gangguan Asperger, yang katanya akan dapat mengurangkan masalah yang berkaitan dengan keadaan itu.

"Orang-orang ini mungkin mempunyai beberapa tingkah laku aneh yang mungkin kelihatan ganjil kepada kita tetapi mereka tidak merasa seperti itu.

"Akhirnya hanya kita yang merasakannya, dan dalam banyak cara kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan mereka. Memahami mereka adalah langkah pertama untuk masa depan yang lebih baik untuk mereka," kata Subash.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan