50 Pegawai Terlibat Rombakan Jawatan Di Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 9:13 PM

Datuk Mazlan Ngah

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seramai 50 pegawai akan terlibat dalam rombakan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan Terengganu berkuat kuasa 2 Jun ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah. 

Katanya, proses rombakan jawatan itu susulan persaraan wajib Pegawai Kewangan negeri Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian negeri Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah.

"Jawatan dikosongkan Mat Razali akan diisi oleh Datuk Osman Muda yang kini bertugas sebagai Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

"Manakala Pengarah Bekalan Air Negeri Terengganu Datuk Wan Zahari Wan Ngah pula akan mengambil alih jawatan sebagai Pengurus Besar PMINT," katanya dalam sidang media di sini Selasa.

Katanya Pegawai Daerah Setiu ketika ini Mohamad Nor Ibrahim akan menggantikan Tuan Mamat sebagai Pengarah Tanah dan Galian negeri. 

Antara pegawai terlibat ialah Pegawai Daerah Kuala Terengganu Wan Nawawi Wan Ismail akan menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pembangunan); Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Marang (MDM) Samiun Salleh ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan) dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan negeri (Pembangunan) Idham Mustafa ke jawatan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Terengganu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pembangunan) Datuk Zulkifli Mohamad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Sdn Bhd; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Zainal Abidin Hussin (sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan negeri (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan negeri (Program Khas Sukan, T-Team), Ab Rasid Jusoh sebagai Pengarah MSNT.

Mazlan berkata, lima YDP majlis daerah dan perbandaran serta empat pegawai daerah turut terbabit dalam rombkan itu.

"Bagi jawatan YDP Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), ia akan dipegang oleh Mohd Zulkifli Abu Bakar (ketika ini Timbalan Rektor TATiUC-Jaringan Industri & Korporat) manakala YDP Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan YDP Majlis Daerah Marang (MDM) pula masing-masing akan dipegang oleh A Rahman Che Ali (ketika ini Pegawai Daerah Marang) dan Mat Arsad Mohamed (Pengurus Kanan Projek Daerah Baru Kuala Nerus UPEN Terengganu).

"Jawatan YDP Majlis Daerah Setiu (MDS) pula akan diambil alih oleh Zainal Abidin Mohamed (ketika ini Pengarah Urusan Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu) manakala jawatan YDP Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) pula akan disandang oleh Pengarah Yayasan Terengganu (YT) ketika ini Azmi Razik," katanya.

Mazlan, bagaimanapun menafikan pertukaran itu dibuat susulan perubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri yang baharu selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengambil alih jawatan selaku Menteri Besar.

Beliau menegaskan perubahan itu adalah pertukaran biasa disebabkan persaraan wajib dua pegawai tinggi kerajaan negeri dan tidak ada kena mengena dengan perubahan pucuk pimpinan kerajaan.

"Mereka yang dipilih untuk menerajui satu-satu jawatan juga dinilai berdasarkan beberapa faktor termasuk senioriti dan pengalaman.

"Rombakan ini juga diharap dapat melicinkan lagi urusan pentadbiran demi kesejahteraan rakyat Terengganu," katanya.
Tags / Kata Kunci: rombakan , Terengganu , Datuk Mazlan Ngah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan