Wujud Akaun Palsu Lima Beradik Yatim Piatu Biadap

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyelar tindakan pihak yang mengambil kesempatan terhadap tragedi menimpa lima beradik yang kematian ibu bapa dalam kemalangan Jumaat lepas, untuk mengutip derma.

Pihak berkenaan seharusnya memberi bantuan sewajarnya dan bukan menggunakan kesusahan anak-anak itu untuk kepentingan diri, katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, Selasa.

Akhbar hari ini melaporkan dakwaan wujudnya saluran bantuan yang memberi nombor akaun bank palsu di laman sosial termasuk Facebook untuk mengutip derma bagi pihak lima beradik itu.

Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, juruteknik Jefri Mohd Zain, 50, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadian langgar lari berhampiran susur ke Cheras, di Jalan Loke Yew.

Pasangan itu meninggalkan lima anak - Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3.

Rohani berkata kementerian amat prihatin dengan nasib yang menimpa anak-anak mangsa dan sehubungan itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi bantuan RM450 sebulan untuk meringankan beban mereka.

"Selain itu pegawai JKM akan terus memberi sesi kaunseling memandangkan mereka masih trauma akibat kehilangan ibu bapa serentak," kata Rohani.


Tags / Kata Kunci: JKM

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan