Mah Berang Poster Kempen Diconteng Perkataan 'Bodoh'

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 11:56 AM

Antara poster kempen yang diconteng pihak tidak bertanggungjawab pada PRK Teluk Intan.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong mendakwa poster kempen beliau diconteng dengan perkataan 'bodoh'.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan di sekitar kawasan Sungai Nibong dekat sini.

"Lim Kit Siang (penasihat DAP) ada cakap calon DAP mereka (Dyana Sofya Mohd Daud) ada '3B' iaitu Beauty, Brain and Bravery (Cantik, Bijak dan Berani). Pihak pembangkang pernah bertanyakan kepada saya apakah 'B' yang saya ada dan mereka katakan 'bodoh'.

"Hari ini (Selasa) saya lihat banyak poster saya dicat hitam dengan perkataan 'bodoh'. Dulu, poster saya dicat pada bahagian muka dan sekarang diconteng perkataan 'bodoh' pula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian awal di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, Selasa.

Presiden Gerakan itu berkata, menconteng poster kempen itu merupakan satu tindakan yang tidak baik dan kedua-dua parti sudah bersetuju untuk berkempen secara berhemah.

Tambahnya, dengan hari mengundi yang hanya tinggal beberapa hari lagi, beliau tidak mahu persekitaran PRK Teluk Intan begitu tegang.

"Ini (pilihan raya) adalah satu proses demokrasi jadi apa sebab hendak buat macam ini. Kita pun ada emosi dan penyokong sangat marah.

"Saya sudah 20 tahun (bertanding) di Teluk Intan tetapi tidak pernah ada poster yang diconteng 'bodoh'," katanya.

Mengenai kritikan banyak pihak terhadap manifestonya yang diumumkan pada Isnin, Siew Keong berkata, ia adalah apa yang beliau mahu dan boleh lakukan untuk membawa perubahan di Teluk Intan.

"Manifesto adalah apa yang kita boleh buat untuk Teluk Intan, tentang pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat," katanya. 


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan