BN Tak Tunai Janji Di Teluk Intan - Dyana

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 6:22 PM

Dyana Sofya

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Soalan yang diajukan kepadanya tidak dijawab, sebaliknya Dyana Sofya Mohd Daud mempersoalkan mengenai pembangunan yang selama ini dijanjikan kepada penduduk Parlimen Teluk Intan.

Calon DAP itu juga menepis setiap kali ditanya mengenai ideanya untuk membangunkan bandar itu, sebaliknya mahu Barisan Nasional (BN) memenuhi janji yang belum dilaksanakan.

“Saya akan membangkitkan perkara ini di Parlimen. Apapun mereka (Kerajaan BN) perlu mengotakan janji-janji mereka dahulu,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan manifesto pilihan rayanya di pejabat operasi DAP di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ideanya sendiri untuk membangunkan Teluk Intan jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Ditanya sekali lagi mengenai rancangan pembangunannya di Teluk Intan, Dyana mengulangi jawapan sama kononnya BN masih tidak memenuhi janji kepada rakyat.

Beliau mendakwa, antara projek yang dijanjikan adalah sekolah menengah di Kampung Bahagia di sini.

Apabila wartawan terus mendesak kenapa beliau mempersoalkan apa janji BN sedangkan Dyana sendiri tidak memberikan idea baharu mengenai pembangunan di Teluk Intan, peguam berusia 27 tahun itu menjawab: “Itu tugas saya di Parlimen (sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat)."

Terdahulu dalam manifestonya, Dyana menjelaskan bahawa beliau menolak pembangunan berpusat yang tertumpu di sekitar Kuala Lumpur, memperkasakan rakyat Teluk Intan  meliputi kos sara hidup, tadbir urus yang bersih, pembangunan anak muda dan memperjuangkan isu wanita.

Beliau berkata, ia berdasarkan hasil tinjauan kira-kira 400 penduduk tempatan yang dilakukan sebelum memulakan kempen PRK Teluk Intan.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan