Analisis Semua Produk Cadbury Perlu Melalui Beberapa Proses - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 9:30 PM

Datuk Seri Dr S.Subramaniam

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Analisis Kementerian Kesihatan terhadap kesemua produk Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) bagi memastikan ia tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) khinzir akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa proses.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebagai pihak bertanggungjawab, kementerian perlu memastikan keputusan analisis dikeluarkan nanti adalah betul.

"Ketika keputusan siasatan (analisis) awal (dua produk coklat Cadbury didapati mengandungi DNA khinzir bertarikh 27 Feb) itu tersiar di media sosial, siasatan (analisis) lengkap ke atas tiga sampel produk keluaran syarikat itu baru (sahaja) selesai," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Daerah Teluk Intan, di sini Selasa.

Dr Subramaniam berkata kementerian tiada halangan bagi mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan terhadap kementerian berhubung isu itu kerana pihak kementerian telah mengambil langkah sewajarnya dalam membuat pengesahan produk keluaran syarikat berkenaan.

"Sekiranya (mereka) mengambil tindakan, kita akan beri penjelasan," katanya ketika diminta mengulas gesaan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya umat Islam di negara ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan atas kelewatan mengesahkan perkara tersebut.

Semalam, Dr Subramaniam berkata kementerian sedang menyiasat pihak Cadbury di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi memastikan sama ada Cadbury dengan sengaja atau secara tidak sengaja memasukkan DNA khinzir dalam produk coklat mereka.

Ini berikutan pengesanan hasil analisis kementerian itu yang elemen khinzir terdapat dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Terdahulu, Dr Subramaniam melawat wad tambahan di Hospital Teluk Intan yang dinaik taraf bagi merawat penyakit berjangkit bernilai RM4 juta yang baru siap dan mengadakan perbincangan dengan pihak hospital berhubung perancangan masa depan hospital itu dari segi kelengkapan dan tenaga pakar.

Hospital itu memberi perkhidmatan kepada kira-kira 190,868 penduduk di kawasan hilir Perak.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan