MH370: Data Mentah Satelit Didedah

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 2:25 PM

Data satelit mentah yang disiarkan oleh DCA pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Selasa mendedahkan data satelit yang belum diproses daripada firma United Kingdom Inmarsat.

Data berkenaan digunakan untuk mengesan pola penerbangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

"Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis," kata jabatan itu menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, maklumat sebanyak 47 muka surat itu mengandungi data log komunikasi serta penjelasan dan jadual yang berkaitan itu dibebaskan mengikut arahan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 orang, hilang daripada imbasan radar ketika berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat Boeing 777-200ER itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Pendedahan data belum diproses itu adalah bagi memenuhi permintaan anggota keluarga penumpang pesawat MH370.

Data itu juga boleh digunakan oleh pakar-pakar global untuk membuat analisis.
Tags / Kata Kunci: Inmarsat , DCA , MAS , MH370

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan