PRK Teluk Intan: 410 Undi Awal Esok

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 6:32 PM

Pembantu Pilihanraya SPR, Mohd Khairi Mohd Rodzi membuat persiapan undi awal di IPD Hilir, Perak menjelang hari pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, esok

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berlangsung esok melibatkan 410 pengundi berdaftar di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata pengundian dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

"Pengundi awal ini kebanyakan adalah anggota polis dan keluarga yang berdaftar bagi Parlimen Teluk Intan," katanya, di sini, Isnin.

Beliau berkata, daripada segi persiapan, ketua tempat mengundi dan kerani-kerani pengundian awal telah membuat semakan pada sebelah pagi tadi bagi memastikan keseluruhan peralatan pengundian adalah lengkap dan sempurna. 

Beliau berkata, calon parti politik yang bertanding atau ejen mereka akan turut terlibat sepanjang proses pengundian itu, termasuk memeteri peti undi bersama petugas SPR.

Ahmad Adli berkata, semua peti undi yang telah dimeteri akan dibawa ke Majlis Perbandaran Teluk Intan untuk disimpan dalam peti besi di bilik kebal.

"Kesemua peti itu hanya akan dibuka selepas pengundian biasa Sabtu ini.

"Kita berharap perjalanan pengundian awal esok akan berjalan lancar. Para calon dan penyokong tidak perlu berkumpul terlalu ramai," katanya.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dengan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. 

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan