Pengundi Luar Balik Kampung Nilai Keupayaan Calon

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 11:06 AM

Pengundi kini makin bijak membuat keputusan untuk memilih wakil rakyat paling layak untuk kawasan masing-masing.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan berlangsung hujung minggu ini mendorong ramai pengundi luar pulang ke kampung untuk menilai keupayaan calon, sekali gus memudahkan mereka memilih wakil rakyat nanti.

Tinjauan mStar Online mendapati kenderaan yang memasuki bandar ini lebih banyak pada hujung minggu lalu, apabila kebanyakan kereta dengan nombor pendaftaran luar Perak, terutama Kuala Lumpur dilihat di sekitar bandar ini. Malahan, ada yang menggalas tanggungjawab sebagai petugas parti bertanding supaya dapat berada di kampung kelahiran mereka.

Malah ada yang menyambung cuti hujung minggu mereka sehingga ke Isnin bagi menikmati lebih banyak masa di Teluk Intan sempena demam musim pilihan raya kecil ini.

Rata-rata pengundi luar mahu melihat perkembangan kempen yang sedang rancak dilakukan antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud mewakili DAP.

Bagi Mansor Meran, 41, yang menetap di Ampang, Selangor, beliau datang ke Teluk Intan lebih awal bagi melihat sendiri kempen pilihan raya dalam keadaan lebih selesa kerana kesesakan pasti berlaku pada hari pengundian.

"Masa dah dekat dengan hari mengundi, kami  (pengundi luar) lebih bersedia untuk membuat pertimbangan dalam memilih calon mana.

"Datang seminggu awal memudahkan kami mengikuti kempen dan ceramah yang dianjurkan calon tanpa perlu bersesak-sesak dengan lebih ramai pengundi luar yang akan pulang kemudian," katanya.

Bagi Aminuddin Jais, 41 pula, tujuan pulang ke kampung lebih awal adalah untuk memerhati kempen kedua-dua calon dan parti terbabit.

Menurutnya, ia bukan soal membuat keputusan untuk memilih calon mana untuk diundi, tetapi menilai cara dan pendekatan mereka dalam berkempen.

"Kita (pengundi luar) mahu amalan politik lebih sihat tanpa insiden negatif atau serangan peribadi. Jika tak perhatikan sendiri cara mereka berkempen tentunya kita tak akan tahu sebab kita tidak tinggal di sini," katanya yang menetap di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Seorang lagi warga ibu kota, Nurul Huda Azid, 30 berpendapat, walaupun menetap di Kuala Lumpur tetapi apa yang diutamakan adalah ibu bapanya yang merupakan penduduk di Teluk Intan.

Katanya, kemudahan yang lebih baik sebagai bantuan kebajikan untuk rakyat di kawasan setempat seharusnya diberi perhatian.

"Saya tidak tinggal di Teluk Intan tetapi saya mahu lihat ibu bapa saya mendapatkan pelbagai kemudahan seperti Klinik 1Malaysia dan Kedai 1Malaysia memandangkan kebanyakan penduduk di sini tidak berpendapatan tinggi," kata Nurul Huda.

Sementara itu, Nurul Amirah Ibrahim, 26, dari Cheras berkata, kebanyakan pengundi luar mengharapkan sokongan berterusan daripada wakil rakyat tanpa mengira calon mana yang akan dipilih.

"Diharapkan wakil rakyat itu dapat membangunkan Teluk Intan dengan mewujudkan lebih banyak kemudahan dan menambahbaik infrastruktur.

"Jangan masa pilihan raya sahaja janjinya macam-macam, lepas tu bila dah menang terus senyap tak tunaikan apa yang telah dijanjikan," katanya.

Namun bagi anak muda yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 28, berpendapat bahawa pengundi luar sering dipengaruhi oleh medium tertentu seperti media sosial bagi mengikuti perkembangan kampung mereka.

Zul yang menetap di Serdang, Selangor berkata, ada sebahagian maklumat yang diperoleh tidak tepat malah bersifat lebih berpihak kepada satu-satu parti.

"Bila pulang ke Teluk Intan, saya nampak mereka ada berkempen datang dari rumah ke rumah. Itu bagus untuk mendekati rakyat tetapi mereka juga perlu menggunakan pengaruh media sosial bagi mendapat sokongan lebih meluas terutama di kalangan pengundi luar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan