Suar Meletup, Nelayan Cedera Di Kepala

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 2:41 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang nelayan cedera di kepala apabila suar yang dinyalakan untuk menghalang perahunya daripada dilanggar sebuah kapal pengorek pasir, meletup berhampiran Pantai Puteri di sini, pagi Isnin.

Aziz Jaafar, 45, berkata, ketika kejadian pada 5.15 pagi itu beliau sedang mengangkat jaring dan tiba-tiba ternampak kapal tersebut bergerak menuju ke arah perahunya.

Bimbang dengan keselamatannya, beliau menggunakan lampu suluh untuk memberi isyarat kepada kapal berkenaan, bagaimanapun kapal masih bergerak ke arahnya sebelum membuat keputusan menggunakan suar.

"Malangnya alat itu (suar) tidak berfungsi jadi saya letakkan ke lantai perahu tetapi tiba-tiba ia (suar) meletup dan serpihannya terkena saya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Aziz kemudian dikejarkan rakannya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan dan kapal pengorek pasir itu berhenti setelah nelayan lain memberitahu tentang kejadian itu.

Aziz yang lebih 30 tahun menjadi nelayan berkata, ancaman keselamatan berkaitan kapal pengorek pasir bukan pertama kali berlaku, malah sering menghantui nelayan di kawasan itu.

"Setakat jaring kami rosak akibat dilanggar kapal pengorek itu sudah biasa, tetapi lebih membimbangkan kapal ini beroperasi pada waktu malam yang menyukarkan mereka untuk melihat nelayan yang turun ke laut untuk mencari rezeki," katanya.

Aziz berkata, beliau telah mengemukakan masalah itu kepada kerajaan negeri, bagaimanapun sehingga hari ini masih tiada sebarang tindakan bagi menjamin keselamatan nelayan di kawasan itu.

"Saya mohon kepada pihak yang berwajib supaya prihatin dengan nelayan seperti kami ini, dengan keadaan seperti ini amat sukar untuk kami mencari nafkah bagi menyara hidup keluarga kami," katanya.


Tags / Kata Kunci: nelayan , suar , kapal pengorek pasir

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan