Menara Condong Tapak Warisan Dunia - Mah

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 12:00 PM

Menara Condong Teluk Intan

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong merancang untuk menyenaraikan Menara Condong di sini sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Dalam sidang media mengenai manifestonya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Isnin, beliau berkata, ia adalah rancangan pembangunan dari segi pelancongan di kawasan Parlimen itu.

Menurutnya, Teluk Intan mempunyai potensi pelancongan kerana ia kaya dengan biodiversiti, terdapat banyak rumah rehat termasuk 'homestay', kepelbagaian makanan dan lokasi tumpuan pelancong di Menara Condong.

"Saya akan sedaya upaya berusaha untuk meletakkan Menara Condong sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco.

"Setakat ini ia (senarai Unesco) telah manfaatkan Pulau Pinang (George Town) dan Melaka (sebagai bandar warisan dunia). Saya amat yakin bahawa ia juga akan memanfaatkan Teluk Intan. Ia dapat menarik pelancongan," katanya.

Bagaimanapun, Siew Keong berkata, ia bukannya kerja  mudah kerana bandar besar di negara lain juga mengambil masa lama untuk disenaraikan.

Tambahnya, kajian dan perbincangan bersama tujuh kementerian termasuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan dijalankan berhubung perkara itu.

"Ini yang saya mahu untuk membangunkan Teluk Intan. Saya akan berusaha ke arah itu," katanya.

Mirip Menara Condong Pisa di Itali, Menara Condong Teluk Intan terletak di tengah bandar yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson.

Menara jam setinggi 25.5 meter yang condong ke arah barat laut tersebut kini menjadi mercu tanda kepada bandar di daerah Hilir Perak itu.

Bangunan itu dibina bagi menempatkan sebuah tangki air untuk kegunaan penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau.

Kejadian banjir besar yang berlaku pada tahun 1889 dan 1895 menjadi antara faktor bangunan yang dibina oleh Leong Choon Chong itu mula condong.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan