Dyana Sofya Akui Ibu Terlibat Penubuhan Perkasa

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 5:27 PM

Dyana Sofya mendapat sokongan Yammy (kanan) pada PRK Teluk Intan.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini, Dyana Sofya Mohd Daud, akhirnya mengaku ibunya, Yammy Samat pernah terlibat dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu, turut mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada 2008.

"Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu dan saya pula masih belajar," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata, pada masa itu, ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan Perkasa.

"Ya, ketika itu beliau terlibat dengan Perkasa tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan Perkasa," jelasnya.

Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web Perkasa dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada 2008.

Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata, status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya.

"Saya tidak pasti sama ada beliau merupakan anggota berdaftar Perkasa sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) itu...ibu saya seorang anggota Umno, saya bukan.

Beliau mungkin terlibat dengan Perkasa, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu," katanya.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai Perkasa, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu.

Sementara itu akhbar melaporkan bahawa Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan Perkasa apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama.

Hamidah berkata, maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga AGM pertama pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.

Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy menarik diri daripada menjadi anggota Perkasa.


Tags / Kata Kunci: Dyana Sofya Mohd Daud , Yammy Samat , Perkasa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan