Zahid Bidas Portal Pro Pembangkang Putar Belit Kenyataan

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 9:39 PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) beramah mesra dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Markas Taktikal Polis Diraja Malaysia (Martek) pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas portal berita pro pembangkang kerana memutarbelitkan kenyataannya mengenai anggota Rela di Teluk Intan yang tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei tahun lalu.

Beliau berkata, media berkaitan sering memberi fakta tidak tepat dan mengelirukan rakyat bagi memastikan kemenangan pihak pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Menurutnya, jumlah anggota Rela yang tidak keluar mengundi pada PRU-13 lalu diperoleh daripada senarai nama yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita memang mengetahui siapa yang mengundi atau tidak disebabkan kita ada senarai yang keluar mengundi (pada PRU-13). Kita ada senarai nama kerana mereka (anggota Rela) berdaftar dengan SPR.

"Jadi, jumlah anggota Rela Teluk Intan yang tidak keluar mengundi pada PRU lalu didapati seramai 2,019. Saya hanya menyatakan jumlah anggota yang tidak keluar membuang undi pada hari mengundi...bukan mengundi Barisan Nasional (BN), bukan DAP atau bukan calon lain," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Markas Taktikal Polis (Martek) di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal yang mengatakan beliau mengetahui mana-mana anggota Rela yang tidak keluar mengundi dan mampu memeriksa peti undi bagi melihat siapa yang mengundi walaupun identiti pengundi sepatutnya dirahsiakan.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Perak, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mohktar pada Ahad membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Zahid yang menunjukkan undi bukan lagi menjadi rahsia buat anggota Rela.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung akan menimbulkan kebimbangan di kalangan anggota Rela memandangkan mereka tahu bahawa undi mereka sedang diperhatikan dan tidak lagi menjadi rahsia.

"Saya menasihatkan supaya Ahmad Zahid menghentikan ugutan-ugutan kerana ia bertentangan dan etika pilihan raya," kata Fakhrulrazi.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , PRK Teluk Intan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan