"Jangan Ada Logo Halal Tapi Tak Halal" - Hilmi

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 7:05 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab sebelum memasarkan produk mereka di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata sekiranya sesuatu produk itu sudah mendapat logo halal, maka isi kandungannya juga perlulah sentiasa bebas dari sebarang unsur tidak halal.

"Janganlah pula ada logo halal tetapi letak barang tidak halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Pharmaniaga Berhad di pusat beli belah eCurve di sini.

Beliau berkata mengulas mengenai pendedahan Kementerian Kesihatan yang mendapati dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).

Dr Hilmi berkata syarikat pengeluar produk berkenaan perlu menarik balik produk mereka di pasaran.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen derma darah, Dr Hilmi berkata kini dengan adanya teknologi Apheresis yang digunakan Pusat Darah Negara (PDN), penderma mempunyai pilihan untuk menderma hanya komponen darah seperti plasma, platlet atau sel darah merah.

"Dengan teknologi ini, darah penderma tidak diambil sepenuhnya tetapi, komponen diperlukan sahaja diambil seperti platlet dan teknologi ini selamat serta tidak mempunyai kesan sampingan kepada penderma.

"Jadi masyarakat tidak perlu risau, kerana menderma darah sememangnya tidak mendatangkan kesan negatif kepada pendermanya," katanya.

Seorang penderma darah warga emas, Ong Lim Chuen, 59, berkata beliau berasa bangga kerana dapat melakukan sumbangan kecil kepada pesakit yang memerlukan darah.

"Kempen kesedaran mengenai kepentingan menderma darah perlu ditingkatkan lagi dan masyarakat tidak perlu risau kerana tiada sebarang masalah akan timbul sekiranya individu yang sihat tubuh badan menjalani pendermaan darah," katanya yang sudah menderma sebanyak 39 kali setakat ini.

Kempen derma darah selama dua hari bermula hari ini anjuran syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad dengan kerjasama PDN berlangsung di pusat beli belah eCurve bertujuan memberi peluang kepada pengunjung menderma darah tanpa perlu hadir ke hospital pada hujung minggu ini. 


Tags / Kata Kunci: Cadbury , Halal

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan