Liputan Langsung Hari Mengundi Bukit Gelugor

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 7:43 AM

(Ubah saiz teks)

5.15 petang: Setelah pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang, seramai 46,099 atau 56 peratus pengundi keluar mengundi dalam PRK Bukit Gelugor.

5.00 petang: Semua 17 PDM ditutup secara rasmi.

4.15 petang: Seramai 43,814 pengundi atau 53.26 peratus pengundi keluar mengundi sehingga pukul 4 petang.

4.00 petang: Peratusan keluar mengundi sehingga pukul 3 petang adalah seramai 40,116 bersamaan dengan 48.77 peratus.

3.30 petang: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama ibunya, Neo Yok Tee dan adik perempuan membuang undi di SMK Chung Hwa Confucian. 

3.13 petang: Sehingga 2 petang, seramai 45 peratus atau 36,097 pengundi telah menjalankan tanggungjawab. 




1.30 petang: Sehingga pukul 1 petang seramai 30,596 bersamaan 37.91 telah keluar mengundi. 


1.21 petang: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Lim pula dakwa telefon bimbitnya digodam untuk menghantar mesej berhubung kemenangan DAP di Bukit Gelugor   


12.23: GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 75 peratus bilangan pengundi akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sebelum pusat pengundian ditutup pukul 5 petang Ahad.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, setakat pukul 11 pagi seramai 16, 418 pengundi atau 19.95 peratus telah membuang undi.

"Kita harap tidak kurang daripada 75 peratus akan keluar mengundi. Kita juga menjangkakan seramai 10 peratus akan mengundi setiap sejam.

"Buat masa ini, kita dapati pengundi yang keluar awal terdiri daripada orang tua, yang muda masih belum ramai," katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hj Mohd Nor Ahmad di sini, Ahad.


11.33: Chuah bee kian, 45, (gambar , kiri) dan Lim Kim Lang,70, menunjukkan tangan berdakwat selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

11.15 : Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan akan mengadakan sidang media tergempar mengenai salah laku pemimpin DAP di sebuah pusat mengundi pada pukul 11.30 pagi ini.


11.00 : Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi turut berada di SMK Dato Haji Mohd Nor


1050 pagi : Pengerusi SPR,  Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SMK Dato Haji Mohd Nor.

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) membantu seorang warga tua membuang undi di Sekolah Menengah Georgetown bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor .

10.17 : Beberapa pemimpin DAP menghubungi Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk membuat aduan terhadap calon PCM yang didakwa berkempen dalam kawasan larangan di pusat pengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan  Cina Kong Min, Paya Terubong. 


9.40 : Keuzuran Che Embun Hashim (gambar) untuk bergerak tidak menghalangnya untuk keluar mengundi pada PRK Bukit Gelugor.

Warga meas yang hadir berkerusi roda itu ditemani cucunya, Mashitah Mohd Yusof, 32, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Saya bersyukur kerana Allah memberikan umur yang panjang untuk memilih wakil rakyat baru," luahnya.

Dia berharap wakil rakyat yang dipilih kali ini sentiasa mendekati rakyat selain menjaga kebajikan rakyat Bukit Gelugor.


9.20 : Salah seorang pengundi warga emas, Patiamah Ahmad, 77, (gambar) antara yang keluar mengundi awal. Dia turut bersyukur kerana berupaya memilih wakil rakyat untuk kali ini.

9.00 : Suasana pembuangan undi sibuk dengan liputan para media yang hadir.  


8.50 : Unit udara PDRM turut melakukan pengawasan bagi memastikan kelancaran proses pembuangan undi.


Datuk Abdul rahim Hanafi (dua dari kanan) ketika hadir memantau proses pembuangan undi.


8.40 : Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi hadir menatau proses pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Nor Ahmad sambil ditemani Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Mior Faridalathash Wahab




8.10: 17 Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi PRK Bukit Gelugor dibuka.


7.45: Difahamkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi akan hadir memantau proses pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Nor Ahmad.

7.30 pagi : Anggota polis mula mengawal di laluan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Nor Ahmad di Taman Tun Sardon.

 

Tags / Kata Kunci: Bukit Gelugor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan