Exco P. Pinang Disekat Masuk Pusat Pengundian

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 3:44 PM

Phee Boon Poh (kanan)

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dilarang masuk ke sebuah pusat pengundian di sini bagi pilihan raya kecil Bukit Gelugor pada Ahad kerana dibimbangi beliau mungkin akan "merayu undi".

Phee, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, yang tiba di SMK Air Itam kira-kira 9 pagi untuk menunggu ketibaan calon DAP Ramkarpal Singh, dilarang masuk ke pusat itu oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau yang memakai rompi Unit Rondaan Sukarela (PPS) berwarna ungu dilihat berdiri di luar pusat pengundian itu.

Phee, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Puyu, berkata terdapat pengundi yang keliru dengan tanda arah di pusat itu dan beliau hanya membantu mereka.

"Saya percaya pengundi sudah membuat keputusan siapa yang mereka mahu undi sebelum memasuki pusat pengundian," katanya.

Ramkarpal terbabit dalam pertandingan empat penjuru dengan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohammad Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.

Pusat pengundian dibuka 8 pagi ini dan akan ditutup 5 petang.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh yang juga bekas pengerusi DAP, dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan