Lima Beradik Yatim Piatu Dapat Bantuan Bulanan JKM

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan ngeri di Cheras, Jumaat lepas akan menerima bantuan kolektif RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lanjut daripada JKM mengenai kelima-lima beradik itu sebelum bantuan berkenaan disalurkan.

"Bantuan itu akan diberi sehingga mereka berusia 18 tahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan acara 'Purple Walk 2014' dan Persatuan Wanita (Perwani) Siswi di Dataran Merdeka di sini, Ahad.

Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, Juruteknik Jefri Mohd Zain, 46, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadiaan langgar lari berhampiran susur ke Cheras, di Jalan Loke Yew.

Pasangan itu meninggalkan lima anak - Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3.

Dalam pada itu, Rohani berkata 100 kumpulan Perwani Siswi dengan sekurang-kurangnya 1,000 anggota disasar ditubuhkan di institusi pengajian tinggi seluruh negara tahun ini.

Beliau berkata melalui Perwani Siswi, golongan mahasiswi berpeluang melibatkan diri dalam kerja kesukarelawan anjuran kementerian untuk golongan wanita, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Rohani berkata penubuhan Perwani Siswi itu juga akan memastikan sasaran penubuhan 100,000 kumpulan Perwani menjelang 2015 tercapai.

"Kini terdapat 5,669 kumpulan Perwani dengan penyertaan 78,447 wanita di seluruh negara. Kami optimis mencapai sasaran (100,000) itu melalui Perwani Siswi, selain penubuhan 30,000 kumpulan Perwani tahun ini," katanya.

Pada majlis itu, 10 universiti tempatan menerima sijil penubuhan Perwani Siswi, antaranya Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Tags / Kata Kunci: Teluk Intan , Loke Yew

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan