Bekas Menteri Pengangkutan Bantah Plus Diswastakan

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat membantah tawaran pengambilalihan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) oleh entiti swasta.

Beliau mengingatkan bahawa dalam senario kes terburuk, ia boleh mengakibatkan pemberhentian pekerja berikutan pemegang konsesi lebuh raya tol terbesar negara itu perlu berhadapan dengan kenaikan kos penyenggaraan dan faktor lain.

Ong berkata janji daripada syarikat pembida tidak menaikkan kadar tol selama 24 tahun dan tawaran diskaun 50 peratus bagi pengguna harian, adalah tawaran yang boleh menjadi tidak dapat dipertahankan kerana pembolehubah yang tidak menentu.

"Akhirnya, jika mereka tidak dapat menunaikan janji mereka, adakah mereka akan beralih kepada kerajaan, meminta bantuan kewangan?

"Dalam senario yang mungkin paling teruk, isu bantuan kewangan akan timbul, dan siapa yang akan menerima kesannya? Rakyat, dan ini bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah kita," katanya dalam satu temu bual.

Beliau berkata ini adalah kemungkinan yang perlu dilihat oleh semua pihak yang terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai tawaran pengambilalihan itu.

"Saya bukan cuba membuat kenyataan awal terhadap sesiapa, sebaliknya, saya lebih bimbang mengenai sama ada, negara kita akan mendapat manfaat daripada langkah tersebut. Itu adalah subjek utamanya," katanya.

Ong berkata adalah perlu bagi aset negara dan prasarana utama seperti PLUS untuk terus dimiliki oleh entiti kerajaan seperti UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Aset negara bertujuan memberi khidmat bagi kepentingan rakyat dan bukan memperkayakan mana-mana individu atau entiti swasta.

"Justeru, untuk terus berada dalam kerajaan adalah satu daripada pra-syarat untuk memastikan matlamat rakyat dicapai," katanya.

Minggu lepas, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam di kampus Universiti Nottingham Malaysia, Ionnes Y.H. Tang berkata beliau ragu-ragu sama ada syarikat itu akan berada pada kedudukan untuk melaksanakan janjinya.

Ini berdasarkan turun naik harga minyak yang mempunyai kaitan secara langsung dengan harga bahan utama seperti bitumen yang digunakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalan.

Mengulas mengenai bayangan bantuan kewangan, Ong berkata ia sekali lagi akan membebankan rakyat berikutan wang daripada pembayar cukai.

Katanya beliau bukan prejudis atau ragu-ragu terhadap syarikat swasta, tetapi hanya mengemukakan pelbagai kemungkinan berkaitan janji-janji yang dibuat.

Ong berkata entiti swasta yang menjalankan mana-mana konsesi adalah berorientasikan keuntungan dan tidak mengendalikannya sebagai tanggungjawab sosial.

"Sebarang keuntungan kewangan yang mereka raih melalui infrastruktur kritikal negara itu hanya memberi manfaat kepada pemegang saham.

"Dalam keadaan pemegang konsesi mendapati ia tidak dapat dipertahankan dari segi keuntungan dan kerugian berikutan pelbagai sebab, kemungkinan besar kerajaan mungkin diminta untuk memberi bantuan kewangan sekali lagi menggunakan dana awam.

"Ini sekali lagi akan menyinggung perasaan rakyat dan ini adalah apa yang kita tidak mahu lihat," katanya.

Beliau berkata KWSP sebagai pemilik bersama PLUS mempunyai 14 juta pencarum dan mereka tidak berminat untuk melupuskan pegangan dalam konsesi lebuh raya, ditambah pula dengan hakikat bahawa organisasi itu mampu untuk mengisytiharkan dividen yang memberangsangkan pada setiap tahun.

"Secara umumnya, saya melihat jiwa rakyat adalah dua kali ganda.

"Pada satu pihak, masyarakat awam ingin memperoleh keuntungan kewangan yang dijana oleh Lebuhraya Utara Selatan dikongsikan oleh seluruh negara, keseluruhan penduduk.

"Pada pihak lain, pengguna PLUS sudah tentu mahukan kadar tol yang berpatutan dan tidak membebankan, tetapi bukan pada perbelanjaan penyenggaraan prasarana itu," kata Ong.

Beliau berkata PLUS, yang terbentang di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia, akan terus memainkan peranan utama dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi perbandaran dan industri serta pelancongan di sepanjang Pantai Barat, tetapi tidak tanpa perubahan dan cabaran baharu.

"Pertama, terdapat peningkatan bilangan kenderaan yang menggunakan infrastruktur itu.

"Kedua, peningkatan pergantungan kepada pengangkutan awam yang berfungsi sebagai penggerak utama, penggerak utama yang cekap pada masa kini. Ketiga, persaingan meningkat daripada mod pengangkutan lain seperti kereta api dan perkhidmatan udara yang lebih murah, akan terus memberi saingan kepada lebuh raya" kata Ong. 


Tags / Kata Kunci: Plus

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan