DAP Didakwa Buat Provokasi Melampau

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 8:04 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menyifatkan perbuatan DAP yang terus mengheret dan memburukkan parti itu dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor sebagai provokasi melampau, kata Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman. 

Beliau berkata pemimpin-pemimpin DAP tidak sepatutnya terus membangkitkan isu rempuhan sekumpulan lelaki ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Rabu lepas pada ceramah-ceramah kempen parti itu.
 
"DAP sepatutnya tidak melibatkan pihak yang tidak bertanding dalam kempen semata-mata untuk meraih undi sebaliknya fokus kepada calon lawan dan agenda politik mereka sendiri," katanya. 

Terdahulu beliau merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata semua kekecohan yang timbul itu sebenarnya berpunca daripada wakil rakyat DAP sendiri yang menggunakan perkataan 'Umno celaka' ketika membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN selasa lepas dan enggan memohon maaf.
 
"Ramai membicarakan tindak balas yang berlaku tetapi puncanya (Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima) R.S.N Rayer masih sombong dan enggan minta maaf. Berpolitik ada sempadannya, kekecohan boleh dielak jika dia mohon maaf," katanya.
Tags / Kata Kunci: DAP , Umno , provokasi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan