Polis Tolak Permohonan Ceramah Abu Backer

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menolak permohonan permit ceramah calon Bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan kerana beliau gagal mendapat kebenaran pemilik permis yang ingin digunakannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, permohonan calon Bebas itu juga tidak memenuhi syarat ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami ada menerima permohonan beliau untuk mengadakan ceramah. Namun polis tidak meluluskannya.

"Hasil semakan mendapati beliau gagal mendapatkan kebenaran tuan punya permis untuk mengadakan ceramah pada hari terakhir kempen hari ini (Sabtu)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas berkaitan PRK Bukit Gelugor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, Sabtu.

Terdahulu, Abu Backer mendakwa polis sengaja melengah-lengahkan proses kelulusan permit ceramah yang dikemukakannya beberapa hari lalu.

Dalam perkembangan berasingan, Azmi berkata, sehingga hari ini pihaknya menerima 18 laporan polis melibatkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Daripada jumlah itu, katanya,  sebanyak lima kertas siasatan dibuka dengan kes terbaharu membabitkan aduan poster kempen diturunkan.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 26 permit ceramah dikeluarkan setakat ini.

"22 permit dikeluarkan untuk DAP manakala selebihnya kepada Parti Cinta Malaysia (PCM)," katanya.

Azmi berkata, polis sudah mempersiapkan jumlah anggota mencukupi untuk mengawal keadaan di kesemua 17 Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada Ahad.

"Semua pengundi diminta supaya mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan.

"Kenderaan-kenderaan berat juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan beberapa laluan utama menuju ke PDM bagi melancarkan proses pengundian," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bukit Gelugor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan