Tiada Mendapan Dan Takungan Air Di KLIA2 - MAHB

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 9:13 AM

Azmi ketika merasmikan perkhidmatan bas shuttle yang disediakan oleh syarikat Mesra Indah Jaya Sdn Bhd di KLIA2, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi jaminan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selamat dan tidak menghadapi masalah mendapan tanah dan takungan air.

Pengurus Besar Kanan MAHB (Perkhidmatan Operasi) Datuk Azmi Murad berkata aduan daripada sumber industri penerbangan mengenai permasalahan itu yang dibuat hampir tiga minggu selepas klia2 beroperasi pada 2 Mei lepas adalah tidak benar kerana MAHB akan menyelesaikannya segera sekiranya ia wujud. 

"Bukan sesuatu yang luar biasa untuk sebuah lapangan terbang menghadapi masalah berkaitan tanah. Satu istilah teknikal akan digunakan untuk menerangkan mengapa tanah tidak rata, pada kebiasaannya, ia disebabkan oleh pergerakan dalam tanah.

"KLIA2 tidak menghadapi mendapan tanah kerana semua lapangan terbang di seluruh dunia mengalami masalah berkaitan tanah tidak rata," katanya pada sidang media selepas merasmikan perkhidmatan bas shuttle yang disediakan oleh syarikat Mesra Indah Jaya Sdn Bhd di KLIA2 di sini, Jumaat.

Azmi berkata demikian bagi mengulas laporan media yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai berkata MAHB dan Kementerian Pengangkutan perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah mendapan serta takungan air yang didakwa berlaku di landasan dan kawasan parkir pesawat di KLIA2.

Azmi berkata MAHB adalah pengendali lapangan terbang yang bertanggungjawab dan sentiasa mengikut garis panduan keselamatan antarabangsa yang ditetapkan dalam pengendalian sebuah lapangan terbang.

Mengenai perkhidmatan bas ulang alik dari KLIA dan klia2, Azmi berkata orang ramai kini mempunyai pilihan untuk meletakkan kenderaan mereka dengan kadar yang lebih murah.

"Bas shuttle akan disediakan kepada mereka yang meletakkan kenderaan mereka di 'Long Term Cark Park' (tempat letak kereta jangka lama) dan membawa mereka sama ada ke KLIA atau klia2. Kadar bayaran sebanyak RM2.50 dikenakan untuk satu jam dan RM32 untuk sehari manakala motosikal akan dikenakan bayaran RM1 untuk sekali masuk," katanya.

Bas itu akan berada di tempat letak kereta berkenaan pada setiap 15 minit dan beroperasi 24 jam, katanya.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan parkir itu boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-87871735 atau 03-87874748.
Tags / Kata Kunci: Datuk Azmi Murad , MAHB , KLIA2

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan