PRK Bukit Gelugor: SPR Jangka 78 Peratus Keluar Mengundi

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 2:49 PM

Seorang kerani di pusat pengundian memeriksa senarai peralatan yang disediakan bagi proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang, George Town, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor esok sekitar 78 peratus.

Pemangku Pengarah SPR Pulau Pinang Azizal Ahmad berkata jangkaan itu berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya terdahulu. 

"Kebiasaannya kalau pilihan raya kecil ini jumlah pengundi yang akan keluar mengundi tidak seramai pilihan raya umum. Jadi, kami anggarkan 76 ke 78 peratus pengundi akan keluar mengundi esok," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Beliau berkata sebanyak 68 undi pos sudah diterima.
Rabu lepas, 83.1 peratus atau 123 daripada 148 pengundi awal di Parlimen itu melaksanakan tanggungjawab mereka. 

Ditanya mengenai persiapan akhir untuk hari pengundian esok, Azizal berkata kerja-kerja pemeriksaan peti undi di Dewan Sri Pinang yang bermula 9 pagi tadi sehingga 1 tengah hari ini berjalan lancar.

"Esok, seawal pukul 6 pagi setiap ketua pusat mengundi akan datang semula ke Dewan Sri Pinang untuk mengambil semua peralatan yang mereka sediakan dan bergerak bersama polis pengiring peti undi ke pusat mengundi masing-masing," katanya.

Sebanyak 17 pusat daerah mengundi akan dibuka pada pilihan raya kecil itu dengan 139 saluran untuk undi biasa.
Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dijangka diketahui seawal pukul 9 malam esok.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat kemalangan jalan raya di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak, 17 April lepas.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh Deo, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Kesemua calon yang bertanding bukan pengundi di kawasan parlimen berkenaan, kata Azizal.
Tags / Kata Kunci: Azizal Ahmad , BUkit Gelugor , SPR , mengundi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan