Terlalu Padat, Pengudaraan Tidak Baik Di Pusat Tahanan Mungkin Punca Meningitis

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Punca kes 'meningococcal meningitis' yang tercetus di Penjara Reman Johor di Ayer Molek di sini mungkin disebabkan keadaan terlalu padat dan pengudaraan yang tidak baik kata Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata kerajaan negeri menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk mempercepatkan proses mencari lokasi baharu dan sesuai untuk membina sebuah pusat tahanan baharu bagi menggantikan pusat tahanan sedia ada.

"Kemudahan sedia ada yang sudah berabad lamanya tidak lagi mencukupi untuk menampung bilangan besar penghuni dan kakitangan dan kita perlu mencari penyelesaian untuk mengatasi perkara itu bagi mencegah wabak penyakit pada masa depan," katanya.

Beliau mengulas mengenai isu itu selepas menghadiri program pencegahan denggi di Kolej Sains Bersekutu di Kempas di sini Sabtu.

Kes meningitis meningokokal berlaku di penjara reman dan tahanan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Baru untuk rawatan.

Meningococcal meningitis adalah radang selaput otak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria 'Neisseria Meningitidis' dan antara simptomnya adalah kekejangan di bahagian leher, demam, merasa sensitif terhadap sumber cahaya, menjadi keliru, sakit kepala dan muntah.

Ia boleh membawa maut atau menyebabkan kemudaratan yang besar tanpa rawatan segera.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan