Dyana Sofya Dibayangi Pemimpin DAP - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 8:44 PM

Muhyiddin melihat pelajar menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan di Perpustakaan Bergerak semasa hadir pada Program Kempen Membaca Perpustakaan Bergerak di Kampung Sungai Manila di sini, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, dibayangi oleh barisan pemimpin DAP terutama penasihatnya Lim Kit Siang.

"Saya diberitahu apabila calon (DAP) ke mana-mana, di belakangnya (Lim) Kit Siang. Ada wawancara, sebelah dia Kit Siang, dia tidak dapat jawab soalan, Kit Siang rampas mikrofon.

"Kerana itu adalah bayang-bayang calon," katanya semasa melancarkan Kempen Membaca Perpustakaan Bergerak di Kampung Sungai Manila, di sini, Jumaat.

Muhyiddin berkata, tindakan DAP meletakkan calon Melayu wanita muda untuk kerusi itu adalah untuk mengaburi mata orang Melayu kerana parti itu sejak dahulu lagi dikenali sebagai parti cauvinis.

"Ada pernah dengar dia (parti DAP) menyokong dasar-dasar perjuangan orang Melayu?. Ada pernah dengar dia mendokong syiar Islam?. Ada pernah dengar dia berusaha untuk membantu orang Melayu yang miskin," tanya Muhyiddin kepada para hadirin.

Justeru, beliau meminta pengundi menggunakan hak dengan bijak untuk memilih seorang wakil rakyat yang berpengalaman, mampu untuk memikul tanggungjawab dan menolong menyelesaikan masalah mereka.

Muhyiddin berkata, sesiapa sahaja boleh bertanding dalam pilihan raya, tetapi kalau tidak ada pengalaman yang cukup maka sebahagian besar urusan kepentingan rakyat tidak dapat dicapai, dan kemajuan dan pembangunan kawasan yang ditandingi akan mengambil masa yang lama.

Beliau berkata, wakil rakyat yang memahami masalah pengundi dan kawasan yang diwakilinya, akan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.

Beliau berkata, adalah penting untuk memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) supaya penduduk mendapat faedah pembangunan.

PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong, yang juga Presiden Gerakan dan Dyana Sofya.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan