Jangan Terpedaya Dakwaan Pembangkang - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 3:57 PM

Muhyiddin ketika melawat perkampungan Orang Asli Erong di Teluk Intan, Jumaat

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan dakwaan pembangkang bahawa pencapaian cemerlang negara tidak memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

Beliau berkata, kejayaan negara di peringkat antarabangsa serta pencapaian ekonomi adalah kemajuan yang dicapai atas usaha bersama rakyat dan ia semestinya memberi manfaat kepada rakyat.

"Apabila kita sebut begitu pembangkang kata apa maknanya?. Orang di kampung akan hidup macam di kampung juga," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong di sini, Jumaat.

Muhyiddin menjelaskan setiap kejayaan yang dicapai oleh negara terutamanya dari segi ekonomi memberi manfaat secara langsung dan tidak langung kepada rakyat.

Misalnya, katanya, pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.2 peratus didakwa pembangkang tidak memberi perubahan kepada kehidupan rakyat.

"Bayangkan jika Gabenor Bank Negara kata tolak lima peratus (pertumbuhan ekonomi) apa maknanya? Maknanya tidak ada pertumbuhan.

"Apa maknanya kalau tidak ada pertumbuhan?. Tiada peluang pekerjaan, ladang kena berhentikan pekerja, tiada permintaan produk kita dan pelaburan asing, pelancong tidak datang, maka akibatnya rakyat akan menanggung beban," katanya.

Beliau berkata, pencapaiaan ekonomi dan kemajuan yang dicapai oleh negara memberi kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat.

Mengenai pembangunan masyarakat Orang Asli di Erong, Muhyiddin menasihatkan kaum itu untuk meningkatkan diri dan mementingkan aspek pendidikan anak-anak.

Beliau berkata perkara itu menjadi tumpuan utama kerajaan sejak sekian lama dan telah terbukti ramai Orang Asli yang berjaya dan menjadi golongan profesional.

Kampung Orang Asli itu, yang terletak kira-kira 60km dari sini, didiami hampir 400 penduduk suku kaum Semai.

Kampung tersebut, yang mengambil masa dua jam perjalanan melalui jalan ladang, merupakan antara kampung Orang Asli yang paling maju di Perak mengikut kajian Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kampung itu turut berjaya melahirkan seorang pensyarah universiti iaitu Prof Madya Dr Juli Edo, dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, yang mendapat ijazah doktor falsafah dari Australian National University.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Tok Batin Sudin a/l Sinta.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan