MATTA Minta PM Campur Tangan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 7:34 PM

Hamzah Rahmat

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mendesak agar Perdana Menteri campur tangan terhadap sekatan permohonan visa Umrah yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Presiden MATTA, Hamzah Rahmat berkata, lebih kurang 26,000 umat Islam Malaysia terjejas apabila permohonan berdasarkan kuota oleh kerajaan itu.

"Daripada jumlah itu, kami hanya menerima hanya sepuluh peratus diluluskan," katanya.

Hamzah menjelaskan, visa Umrah dikawal oleh Kementerian Haji Arab Saudi melalui sistem online.

Katanya, sistem kuota ini mula diperkenalkan tahun lalu hanya digunakan pada bulan Islam Shaaban dan Ramadhan (dua bulan sebelum Syawal), namun tahun ini, peraturan tersebut bermula awal di bulan Rejab tanpa sebarang notis.

Tambahnya, tidak ada penjelasan oleh kerajaan Arab Saudi mengenai peraturan mendadak ini.

"Lebih kurang dua minggu lalu, majoriti ejen tidak mendapat kelulusan walaupun telah memohon lebih awal.

"Hanya dengan campur tangan kerajaan sahaja masalah ini akan selesai," jelasnya pada sidang media di Wisma Matta Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Umrah , Visa , Arab Saudi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan