Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 3:33 PM

Kekecohan DUN Pulau Pinang pada Rabu lalu menyebabkan 12 individu ditahan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menahan 12 individu dan mengambil  lebih 25 keterangan untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki merempuh pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Rabu lalu.

Beliau berkata, beberapa laporan polis  berhubung insiden itu juga diterima di negeri itu.

"Ada beberapa laporan polis diterima, hanya di negeri ini. Kita dah buka kertas siasatan dan 12 individu telah ditahan.

‪"Lebih 25 percakapan dirakam setakat ini dan kita masih jalankan siasatan," katanya.

‪Ketika ditanya mengenai dakwaan 12 individu tersebut hanya dididakwa atas kesalahan kecil, Khalid berkata, kes itu kini disiasat mengikut tiga seksyen.

‪"Kita guna tiga seksyen dalam siasatan kes rempuhan di DUN. Jangan ingat kita tak beri perhatian serius. Kita akan ambil tindakan ikut perundangan yang ada.

‪"Dalam bab ini, kita tahu apa yang terbaik... seksyen apa yang perlu digunakan untuk siasatan," katanya.

‪Sementara itu, beliau turut mengecam tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang mendesak Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani insiden rempuhan itu.

‪"Itu memang kerja dia. Semua orang dia suruh letak jawatan," selorohnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan