Hudud: Masalah DAP Dan PAS - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 4:13 PM

Muhyiddin Yassin
(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Isu hudud sebenarnya menjadi masalah antara PAS dan DAP yang mempunyai pandangan dan pendirian berbeza, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kegagalan pakatan itu untuk menjelaskan isu pelaksanaan hukum hudud sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan PAS dan DAP tidak tahu pendirian yang perlu diambil untuk menangani isu berkenaan.

"Yang menjadi masalah adalah dalam kalangan mereka kerana ada pertembungan pandangan dan perbezaan yang agak ketara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong di sini Jumaat.

Beliau ditanya media berhubung tindakan pakatan pembangkang yang dilihat seolah-olah melarang calon dan pemimpin parti pakatan itu membincangkan dan berhujah mengenai hudud kepada pengundi.

Ditanya adakah sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) tergugat ekoran DAP meletakkan calon Melayu Dyana Sofya Mohd Daud pada pilihan raya kecil itu, timbalan pengerusi BN berkata parti komponen itu tidak tergugat dengan tindakan itu kerana bersedia menghadapi apa sahaja cabaran.

"Kita (BN) sentiasa (bersedia) berdepan dengan sesiapa dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya, pengundi membuat pilihan teliti tentang siapa parti yang mereka hendak pilih dan calon yang sesuai...kita tidak tergugat kerana dalam PRK kita tidak memandang mudah cabaran yang kita hadapi," katanya.

Diminta mengulas perbuatan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer daripada DAP mengulangi kenyataan mengutuk Umno selepas insiden dalam persidangan DUN Pulau Pinang, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno kesal dengan sikap tidak sopan wakil rakyat DAP itu.

" Walaupun dia boleh berkata apa sahaja tetapi kita ada adab tertib, disiplin dan pastinya tindakan itu sesuatu yang memalukan partinya dan beliau sendiri.

"Tidak wajar dia mengungkapnya berkali-kali walaupun dia benci dengan Umno dan tidak suka parti kita," katanya.

Beliau berkata sejarah telah membuktikan Umno mempunyai lebih banyak jasa berbanding parti pembangkang.

"Kalau ada perkara yang tidak puas hati sepatutnya ada cara yang beradab dan sopan, tapi parti ini (DAP) melambangkan parti yang tidak sopan dan tidak menghormati parti lain...ini sikap buruk parti pembangkang," katanya.

Diminta mengulas tindakan sekumpulan Pemuda Umno yang bertindak menyerbu masuk DUN Pulau Pinang berikutan tidak berpuas hati dengan kenyataan Rayer, Muhyiddin berkata:

"Mereka harus faham itu reaksi yang agak semula jadi apabila tercabar dan tidak akan berdiam diri. Sikap Pemuda (Umno) yang sentiasa bersemangat mempertahan maruah parti," katanya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa ada peraturan dan undang-udang yang perlu dipatuhi dan Umno merupakan sebuah parti yang mendukung Perlembagaan negara.


Tags / Kata Kunci: DAP , PAS , Hudud

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan