Sukar Jawab Soalan, Kedudukan Dyana Sofya Dipersoal

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Parti Gerakan mempersoalkan sama ada Dyana Sofya Mohd Daud adalah calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan atau sekadar wakil parti itu berikutan kesukarannya menjawab soalan yang dibangkitkan pengundi.

Setiausaha Penganjurnya, Lau Hoi Keong berkata, timbul insiden Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching 'merampas mikrofon' untuk menjawab soalan yang diajukan media kepada Dyana dalam sidang media, baru-baru ini.

"Adakah terdapat kematangan pemikiran calon DAP ini ke atas isu yang dibangkitkan, bukan sahaja daripada pemberita tetapi juga pengundi di sini.

"Pengundi Teluk Intan hendak tahu kenapa mereka memilih seorang calon seperti itu kerana jika dipilih sebagai wakil rakyat, perlu membawa hasrat dan permintaan rakyat Teluk Intan di Parlimen," katanya pada sidang media di pejabat operasi Gerakan di sini, Jumaat.

Hoi Keong berkata, antara soalan yang tidak dijawab Dyana adalah pendiriannya berhubung pelaksanaan hukum hudud, sedangkan ia diperjuangkan parti sekutu DAP iaitu PAS.

"Dyana juga tidak dapat menjawab soalan mengenai kedudukan ahli DAP berbangsa Melayu yang akan mengikut jejak Tunku Aziz Tunku Ibrahim," katanya merujuk bekas Naib Pengerusi DAP yang keluar parti pada 2012 ekoran perbezaan pendirian dengan pemimpin kanan parti tersebut.

Dalam pada itu, Hoi Keong meminta pengundi di Teluk Intan membuat pertimbangan dalam memilih wakil rakyat, terutama menilai keupayaan Dyana dalam menangani isu rakyat.

"Saya mahu soal pengundi adakah Dyana merupakan wakil DAP sahaja atau wakil rakyat keseluruhannya jika dipilih pada PRK Teluk Intan.

"Ini kerana beliau sepatutnya menjawab soalan tersebut (yang diajukan kepadanya) dan bukannya orang lain menjawab bagi pihaknya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan