Dyana Akui Tak Tahu Jawab Soalan, Minta Bantuan Kit Siang

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Dyana Sofya Mohd Daud mengakui gagal menjawab soalan yang diajukan media sehingga terpaksa dibantu bekas majikannya yang juga pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

"Beliau (Lim Kit Siang) adalah orang yang paling sesuai menjawab soalan itu kerana perkara (yang disoal) itu berlaku bukan pada waktu saya (sertai DAP).

"Jika anda tanya soalan itu saya tidak boleh jawab. Saya akan berikan mikrofon itu kepadanya," katanya pada sidang media di pejabat operasi DAP di sini, Jumaat.

Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu mengulas tindakannya tidak menjawab soalan  berkaitan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang keluar parti pada 2012 berikutan  perbezaan pendirian dengan pemimpin kanan DAP.

Ditanya kenapa beliau sering mendapatkan bantuan orang lain untuk menjawab soalan, Dyana berkata, amalan itu biasa berlaku dalam sidang media.

"Dalam mana-mana sidang media pun, akan tetap ada orang di sebelah untuk bercakap. Saya rasa tak ada isu pun," katanya.

Bagaimanapun kata Dyana, terdapat soalan dan perkara yang diperjelaskan beliau sendiri tanpa mendapat bantuan mana-mana pihak.

"Saya telah menyuarakan apa yang hendak dikatakan. Jika anda (media) boleh lihat menerusi ceramah dan sidang media sebelum ini juga, termasuk artikel yang disiarkan, semuanya ditulis dan diperkatakan oleh saya sendiri, bukannya Lim Kit Siang," katanya.

Selain mengenai Tunku Aziz, antara soalan yang Dyana cuba mengelak daripada menjawab adalah berkaitan hukum hudud.

Sementara itu, pada sidang media sama ketika seorang wartawan bertanya pandangannya yang dilabel sebagai boneka DAP, dan beliau berkata: "Sorry, again? (mohon diulang semula soalan).

"Tolong ulaskan dengan lanjut apakah itu boneka," soal Dyana sebelum menjawab soalan wartawan itu sedangkan isu dilabel boneka banyak dimainkan media hampir setiap hari sejak diumumkan sebagai calon PRK Teluk Intan.

Terdahulu, pada sidang media berasingan, Gerakan mempersoalkan Dyana sama ada beliau calon DAP pada PRK itu atau sekadar wakil parti itu kerana kesukarannya menjawab soalan yang dikemukakan pengundi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan